Wednesday, August 26, 2009

topeng ajaib.....







almaklumlah....
skarang ni H1N1...aku ingatkan virus ni agak biasa je...rupanya terok gak ea...
cube korang tgk....
mudah-mudahan H1N1 mendapat ubatnya ok....

Monday, August 24, 2009

Al-Fatihah....








Tanggal 22hb ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan...
Ayah kepada Hamidi Bin Abd hamid(Penasihat ke2 Kelab Belia Unggul) iaitu
Allahyarham Abd Hamid...
Telah kembali ke Rahmatullah....
Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman...
InsyaAllah....
Al-Fatihah....











Friday, August 21, 2009

fadhilat malam terawikh....

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
-Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
-Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
-Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
-Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
-Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
-Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
-Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
-Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

-Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
-Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
-Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
-Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
-Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Friday, August 7, 2009

12:34:56 07.08.09

on august 7th 2009.....
at 34 minutes and....
56 seconds past 12...
The time and date will read......
12:34:56
07/08/09
~123456789~
This won't happen again for another thousandyears!!
wow....unbelivable....

Monday, August 3, 2009

jangan kencing berdiri...sebab...

U BAT PENYE MBUH SYAIT AN & IB LIS
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupuns eteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.
Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka ygdilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.
Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiriĆ¢€¦.!!! Tolong sebarkan khususnya kpd kaum Adam dan juga kaum hawa.